

TELUR
Telur yang digunakan untuk membuat kek perlulah segar. Sebaiknya, beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Untuk membuat kek, pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gram sebiji. Jangan memggunakan telur yang besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dalam sukatan dan menjadikan doh lebih lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dalam adunan. Sekiranya tidak berhatihati, doh akan mengeras dan rasa biskut juga akan berubah.
Semasa mengadun kek yang tidak menggunakan bahan ovellete untuk membuat kek, telur dan gula hendaklah dipukul hingga benar-benar gebu sebelum di campur dengan bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu. Ujian yang sama juga boleh digunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.
Sumber: azlitamasammanis.com





