
Nutella Cheese Cake

Bahan-bahan Crust:
Oreo crumbs (hancur) 200 g
Mentega (dicairkan) 50 g
Bahan-bahan Cheese Cake:
Creamcheese (philadelphia atau tatura) 500 g
Gula kastor 1/2 cawan
Telur 2 biji
Dairy whipping cream 1/4 cawan
Nutella 100 g
Essen vanilla 1 sudu teh

Cara-cara pembuatan:
Crust:
-
Campurkan oreo crumbs dengan mentega yang sudah dicairkan. Gaulkan sehingga sebati.
-
Selepas itu, tekan dan mampatkn ke dalam loyang bulat.
-
Masak di dalam oven bersuhu lebih kurang 170°c untuk 10 ke 15 minit.
-
Kemudian, keluarkn dari oven dan biarkan ia sejuk sekejap.
Cheese Cake:
-
Campurkan creamcheese dan whipping cream. Pukul sehingga naik gebu.
-
Kemudian, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
-
Masukkan essen vanilla.
-
Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
-
Apabila sudah sebati,, ambil lebih kurang 1/3 dari adunan tadi, campurkan dengan nutella dan 1 sudu teh whipping cream. Gaul sehingga sebati.
-
Kemudian, tuangkan adunan tersebut ke atas oreo crust tadi. Ratakan.
-
Tuangkan adunan yang selebihnya secara perlahan-lahan supaya tidak bercampur dengan lapisan bawah. Ratakannya.
-
Setelah siap, bolehlah masuk ke dalam oven bersuhu lebih kurang 150°C, dan bakar untuk 45 hingga 50 minit.
-
Kemudian, matikan oven dan biarkan sahaja cheese cake itu dalam oven lebih kurang 1 jam.
-
Sejukkan kek di dalam peti ais minimum 3 jam.
-
Akhir sekali, hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.







