
Resepi Utama Kek Batik

MAN KEK BATIK
Bahan-bahan:​
Mentega 1 sudu
Telur 1 biji
Susu pekat 1 tin
Nestum 1/2 cawan
Milo 1 cawan
Serbuk koko 3 sudu
Biskut Marie 500g
Cara-cara pembuatan:
-
Pukul telur sehingga kembang. Panaskan periuk dan masukkan mentega ke dalamnya.
-
Setelah mentega cair, masukkan susu pekat sedikit demi sedikit dan kacau sehingga mendidih.
-
Kemudian, masukkan serbuk koko, milo dan nestum secara serentak ke dalam periuk dan kacau kesemua bahan sehingga sebati dan pekat.
-
Selepas itu, mentega yang telah kembang tadi dimasukkan dan kacau sehingga rata.
-
Setelah semua bahan-bahan sudah sebati, akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipecahkan kepada empat bahagian. Gaul sehingga rata.
-
Tutup api dan tuang bahan-bahan tadi ke dalam loyang. Tekan sehingga padat.
-
Akhir sekali, masukkan kek batik ke dalam peti ais semalaman dan boleh dipotong keesokkannya.






