top of page

MENTEGA

Untuk membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yang masih keras kerana mentega tersebut perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak. Seeloknya, biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik. Adunan mentega untuk biskut, jika dikacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut menjadi bantut.
Untuk kek pula, mentega yangg digunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras. Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan. Jika memukul mentega, pukul sehingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yang panas agar mentega tidak cair dan berminyak.
Sumber: azlitamasammanis.com
bottom of page




