top of page

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ketam

  • 1/2 biji nenas

  • 5 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 batang serai

  • 1/2 kunyit hidup

  • 3 biji cili merah

  • 10 biji cili api

  • 1 biji santan – boleh jugak ditukar santan kotak

  • garam secukup rasa

  • serbuk perasa

  1. Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup dikisar sehingga hancur.

  2. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk.

  3. Nenas yang telah dibersihkan dipotong dadu/ikut selera tekak anda dimasukkan ke dalam periuk.

  4. Bahan yang telah lumat dikisar dimasukkan ke dalam periuk bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk.

  5. Kemudian tutup periuk dan biarkan api perlahan.

  6. Setelah air dari bahan kisar dan ketam juga nenas agak kering, masukkan santan.

  7. Kacau perlahan dan biarkan mendidih, selepas itu masukkan garam serta serbuk perasa. Biarlah secukup rasa.

  8. Biarkan sekejap/mendidih sehingga masak. *makan dengan nasi panas, fuiyooo sedap!

Ketam Masak Lemak Cili Api

© 2015 by Man Kek Batik. Proudly created with Wix.com

  • Black Instagram Icon
  • Twitter Classic
bottom of page